Monday, 21 May 2012

syukur Alhamdulillah...

Hari ni aku mampu tersenyum lebar (x la lebar mana pun kn)hehhe.....21/5/2012....result dah pun keluar..ni result rasmi okey...masa jumaat lepas yang dorng kecoh2 tengok tu..aku x sempat nak tengok...so mlm td excited smpai x leh nak tido mgam lena..pusing kanan ku pusing kiri (aisyhhh..dah mcm lagu dah)..hehhe...berkat usaha aku selama ni, doa2 ayah & ibu, lecture2 yang membantu & x lupa kawan2 yang sudi menolong..stdy sme2 smua...akhirnya...aku lulus semuanya...walaupun x kj (kj tu Anugerah Ketua Jabatan ) aku x dapat..tp aku bersyukur aku masih dalam kalangan yang terbaik....kena usaha lebih lg ni....caiyok2....hehehe...

p/s : thanks pada yang sudi membantu...

Thursday, 17 May 2012

Cara Merawat Hati......

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



18 Cara Merawat Hati...

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati." Bukhari dan Muslim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Setiap penyakit akan ada ubatnya. Penyakit yang paling sukar diubati adalah penyakit hati manusia. Jika hati manusia sudah sakit dan pemilik hati tersebut tidak tahu bahawa hatinya berpenyakit maka sukar untuk di ubati. Tetapi jika pemilik hati tahu dia sedang sakit dan berusaha untuk mencari penawarnya maka ianya satu petanda bahawa ubat yang dicari akan ditemui dan insya Allah hati tersebut akan dapat di ubati dan akan menngalami penyembuhan.

Terdapat 18 cara dan rawatan hati yang perlu dilakukan supaya hati kalian dapat dirawat dan terhindar daripada penyakit hati. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya.

2. Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.

3. Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.

4. Khusyuk dalam solat.

5. Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.

6. Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.

7. Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.

8. Beriktikad dengan akidah yang betul.

9. Sentiasa melakukan muhasabah diri.

10. Memperuntukkan masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.

11. Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.

12. Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan.

13. Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.

14. Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.

15. Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.

16. Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.

17. Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.

18. Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.


Artikel oleh Ustaz Abu Basyer / Design Oleh Zulhafidz Yahaya

بَلَى مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ عِندَ رَبِّهِ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ
(Tidak demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati
(Al-Baqara 2:112)


copy from http://www.iluvislam.com


#Mampukah aku merawat hatiku sendiri???? Moga urusan ku dipermudhkn Allah.. Aminnn.#

Thursday, 10 May 2012

cuti...cuti...cuti...

Assalamualaikum.. Haa...lme x update.tetiba hari ni nak update kn...skang ni tengah cti sem...x la cti mane pun..leh la rehatkn minda wat seketika kn...start 03 May sampaila 13 May ni kn...fuhhh...no aktiviti untuk cti x ni sbb...hny aku je yg cti..akk aku x cti...huh..bosan...nasibla ada onit (Safiya Nur Nasuha) dpt jugak melayan kerenah die...woww...die dah lasak sangat..teramatla letih jga die..tp ble tengok die tersenyum..leganya hati..... ( >.<) Sabtu lepas...aku akhirnya dapat jugak makan pe yang aku teringin selama ni..thanks to my lovely sis... spagetti & sate tulang..fuhh..hingga menjilat jari..hehehe..tu la kasih akak kepada adik..huhuhu..the only one sister that i have...paginye mam spagetti...tengahari plak mam ikan talapia goreng..fresh dr kolam ayah..hehehe.syok habisla..hehehe.. Ahad plak...terlewat bangun..kononnye nk g pasar minggu..sekali terlajak daa..hehhe..tp still pergi bandar sebb nk bli barang...aisyh..cuaca tak menentu..dr umah tak hujan sekali dah nk smpai..amikk ko..hujan siot..bersidai laa aku kat bndar tu..shopping punye shopping...terjebak aku beli sandal baru..baju baru..aisyhh... Akak sy memang the best..sebabnye???die blikan Saidina(alaa yang permainan yang membina daya niaga tu)hehehee..memang best...men plak ramai2 kn..aisyhh..de yang kalah ada yang menang..de bangkrup..smua adala...hehehe..anak buah aku yang umur 8thun pun men sekali tau...hebat jugak die... ni la saidina tu :
yang ni plak duitnye...lau betul2 punye duit ni..aisyhhh..syok..hhehee